Skip to main content

Bagaimana Buat Intermittent Fasting Yang Betul

Ramai gila orang buat IF ( intermittent fasting) ?  Apa tuuuuu

Apa itu   Intermittent Fasting ?

 IF ni sesuai ke  untuk semua orang!!!

Kini Intermittent fasting atau diet berpuasa adalah kaedah yang digunakan untuk mengawal jadual pemakanan dengan berpuasa pada masa yang tertentu.

Tempoh puasa secara amnya antara 12 jam hingga 40 jam.




Diet Intermittent fasting berbeza daripada kaedah diet lain di mana diet biasanya mengawal pengambilan makanan tertentu manakala kaedah Intermittent fasting cenderung untuk mengawal tabiat pemakanan harian. 

Diet membolehkan seseorang makan makanan yang sihat manakala IF mensyorkan  semasa berpuasa untuk mengambil air dan  minuman bebas kalori seperti teh dan kopi.




BAGAIMANA CARA UNTUK MELAKUKAN INTERMITTENT FASTING ( IF)?

IF mempunyai pelbagai peraturan untuk mengurangkan pengambilan makanan,

Kaedah ini hanya mengambil masa kira-kira seminggu pada bila-bila masa untuk berpuasa.

Masa berpuasa ini kita di kehendaki mengambil sedikit makanan atau tidak  makan langsung. 


Ada beberapa cara untuk kita memulakan diet IF.

 Cara yang paling popular adalah 

1. Kaedah 16/8 

   maksudnya kita berpuasa selama 16 jam dan  kita boleh mengambil makanan             selama 8 jam . Kaedah ini paling popular,

   Contoh: kita boleh makan dari jam 1 hingga 9  malam dan berpuasa hingga                 16 jam   berikutnya.

  2. Diet 5:2

 Islami Intermittent Fasting ( IIF)  kaedah puasa orang Islam puasa 2 hari seminggu iaitu Isnin dan Khamis.

 3. Eat-Stop-Eat

  Lakukan puasa 24 jam sekali atau dua kali seminggu

4. Puasa Ganti Hari  _ Puasa setiap hari

5, Diet Pahlawan 

   Puasa pada siang hari makan banyak pada malam hari

6. Poteng Makan

   Makan saja apabila sesuai


Sebagai seorang Islam kita sudah biasa dengn teknik 2 dan 4. 

Diet 5:2 juga di kenali sebagai Diet Pantas yang mana kita berpuasa berselang seli. Ia di panggil Diet 5:2 kerana lima hari dalam seminggu adalah makan biasa manakali dua hari menghadkan kalori kepada 500-600 sehari.

Pada tahun 2012, Michael Longer mengeluarkan dokumentari TVnya " Eat Fast Live Longer dan  menerbitkan buku "The Fast Diet" kedua-duanya berkonsep 5:2 

Konsep ini sudah lama di amalkan oleh orang Islam . Buktinya Isteri Nabi Muhammad SAW Saidatina  Aisyah meriwatkan " Nabi pernah berpuasa pada hari Isnin dn Khamis"

Dalil lain dari Abdullah bin Amr berkata :

  Rasullullah SAW bersabda: "Puasa yang utama adalah puasa saudaraku Daud. Dia berpuasa sehari dan tidak berpuasa keesokkan harinya

Puasa Nabi Daud AS adalah yang paling di cintai oleh Allah.


FAEDAH KITA DAPAT APABILA MELAKUKAN IF

1. Berat badan akan menurun

   Bagi anda yang mengalami masalah obesiti dan memang fokus untuk menurunkan berat badan boleh cuba program IF. Kaedah  ini memang membantu anda menurunkan berat badan secara semula jadi.

Puasa yang di lakukan secara berselang seli akan menjadikan badan kurang pengambilan kalori daripada biasa



2. Turunkan gula dalam darah - 

    Menurut kajian, IF boleh mengurangkan ketahanan insulin gula dalam darah sebanyak 3% hingga 6 %

    Pesakit kencing manis perlu minta nasihat doktor sebelum melakukan IF.

3, Menjaga kesihatan jantung

   Serangan jantung adalah salah satu penyakit maut yang paling terkenal yang menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan umur.

   Puasa untuk jangka masa tertentu  semasa IF dapat mengurangkan tahap kolestrol jahat .

4. Mengubah fungsi hormon,sel dn gen

    Selagi kita tak makan , Perubahan tahap hormon menjadikan lemak badan yang di simpan lebih mudah di buang dan menyokong proses pembaikan sel.

5. Kesihatan Otak

   IF di ketahui dapat meningkatkan pertumbuhan neuron baru dan melindungi 

   otak dari kerosakan,

6. Kualiti tidur yang lebih baik

    Ramai orang yang melakukan IF mendakwa  tidur akan jadi lebih nyenyak.

7. Mencegah keradangan dalam badan

    Terbukti IF mengurangkan keradangan dan  mencegah jangkitan yang berterusan.

Jadi ini adalah beberapa maklumut tentang Intermittent Fasting atau IF.

Di sarankan sentiasa mendapat nasihat dari doktor sebelum memulakan program diet ini supaya perkara yang tidak di ingini tidak berlaku.


#shakleethrive23

#shakleetriump23

#megablogshaklee

#empirealmukmin

#shakleetemerloh

#masterhjhrozyta






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sustained Realease Vita C Plus

 https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P523?sid=397280

OsteMatrix produk wajib wanita

Bulan ini shaklee menawarkan promosi beli 6 ostematrix  free 1. Memang mudah utk kongsi produk ini sbb semua wanita wajib mengambil kalsium utk  tulang dan gigi agar sentiasa sihat. Osteoporosis masih merupakan isu kesihatan utama masa kini meskipun pengambilan produk tenusu dn kalsium meningkat berbanding masa lampau. Di anggarkan 1 daripada 3 kaum wanita dn 1 daripada 12 kaum lelaki yg berumur 50 thn menghadapinya. ( tahun ini genap 50 thn umur saya.. ostematrix wajib bagi saya) Apa kah keistimewaan ostematrix shaklee? Ostematrix bukanlah semata-mata kalsium . ia mengandungi matrix pemakanan dengan gabungan khasiat " batu bata dn mortar" yg lengkap utk membina matrix tulang yg sihat dan kuat. Kalsium ------  sumber yg semulajadi yg paling pekat dn mudah diserap Magnesium --    mengabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan tulang Vitamin D -----  merangsang penyerapan kalsium Boron---------  dalam kuantiti yang diluluskan secara klinikal dpt membantu metabol

SHAKLEE PINDAH KE TEMPAT BARU

Alamat baru shaklee  Semua d jemput untuk datang ke pejabat shaklee.  Keahlian seumur hidup rm 65.  Jika berminat untuk menjadi ahli boleh menggunakan id 397280 .  Kami akan membimbing anda sehingga berjaya.  No untuk d hubungi 019-9304728 ( Master Hjh Rozyta Ismail)