Friday, March 24, 2023

Shaklee Fun Day Dan Bisnes Shaklee


Assalamualaikum




Pada 18 Mac 2023 Shaklee ada membuat satu program terbuka untuk semua iaitu Fun Day @Shaklee Shop . Objektif program ini bagi memperkenalkan Shaklee kepada semua yang ahli ataupun bakal menjadi ahli.Program satu hari ini di buat  di setiap Shaklee Shop di PJ Home Office, Kuala Lumpur shop, Kota Bharu Shop and Johor Bahru Shop bermula dari jam 12 ptg hingga 4 petang. 
 Program ini free je. Rugi siapa tak dapat joinkan. Antara aktiviti yang di jalankan adalah pemeriksaan kesihatan dan Konsultasi secara percuma  oleh Pakar Nutritionist Shaklee . Best kannn...




Kelebihan  ahli baru yang daftar hari itu:-

1. Ahli baru akan menerima hadiah ekslusif dari Shaklee. Daftar ahli rm 35 je. Belian 100uv akan menerima umbrella Shaklee. Harga biasa kalau nak beli rm 28. 

2, Boleh  try minuman Cinch yang berbagai rasa iaitu flaver Vanilla, coffee Latee dn Choclate. 

3.  Dapat pemeriksaan Kesihatan dan Konsultasi percuma oleh pakar Nutritionist Shaklee

4. Setiap pembelian 100UV akan menerima 1 gift. jika beli 500UV dapat 5 gift, Memang bestkan. Siapa yang hadir hari tu memang tak balik  dengan tangan kosong.

Kelebihan bagi Ahli lama:-

1. Jika kita membawa ahli baru masa itu, Shaklee akan memberi kita gift yang sangat menarik. Gift sangat terhad siapa cepat dia dapat. Antara hadiah yang menarik seperti Pouch Shaklee, Note Book Shaklee, mug . beg dll.( rujuk pada poster di atas)

2. Setiap pembelian 100uv akan menerma 1 gift, Lebih banyak kita beli masa tu lebih banyak gift yang kita akan dapat.

3, Di event itu kita akan bertemu dengan downline, sideline dan Master-Master yang hebat untuk kita dapatkan pengalaman mereka.

4, Selain dari kita dapat rasa air minuman Cinch, Kita juga di hidangkan dengan air Performance Drink. Memang terbaiklah dapat menghilangkan dahaga dan memberikan tenaga tambahan.

4. Special Youth promo juga ada. Banyak sungguh diskaun yang best-best...





Memandangkan bisnes Shaklee ni bisnes keluarga ramailah yang hadir membawa anak-anak mereka. Ada juga aktiviti untuk kanak-kanak dan parents. Kanak-kanak di beri balon yang berbagai warna.
Pada pendapat Kak Ita program ini sangat bagus kerana kita Ahli lama dapat suntikan semangat dan terus fokus dan maju dalam bisnes Shaklee. Kita semua dalam satu keluarga besar Shaklee sangat memerlukan sokongan dari pelbagai pihak samada Syarikat, downline dan sideline. Sama-sama kita bekerja berganding bahu agar Shaklee menjadi Syarikat No 1 di Malaysia dan di kenali oleh semua rakyat Di Malaysia.






Wednesday, March 22, 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

Kita sering mendengar tentang kebaikan  intermittent Fasting, tetapi pernah ke kita dengar tentang keburukan Intermittent Fasting?

Semua orang  tahu dan kenal kebaikan Intermittent atau IF. Siapa yang nak kurus dan ingin menjaga kesihatan badan adalah di syorkan buat IF. Pengalaman sendiri walaupun badan tidaklah gemuk tetapi memang bagus di amalkan setiap hari contoh stop makan sebelum maghrib dan makan semula selepas 12 jam. Badan terasa sangat  ringan dan sihat. Mengikut Sunah Nabi memang di galakkan  kita makan berat sebelum Maghrib . 

 Dengan tempoh berpuasa yang di lanjutkan akan menggalakkan pembaikan selular, meningkatkan sensitiviti insulin, meningkatkan tahap hormon pertumbuhan manusia dan mengubah gen dengan cara yang menggalakan umur panjang dan perlindungan dari  penyakit. Boleh baca tentang kelebihan IF  di ,intermittent fasting. Di sini kak Ita nak share  risiko atau keburukan IF...





Tidak dapat di nafikan memang ada keburukan Intermiittent Fasting jika kita buat tanpa ada ILMU dan buat hanya ikut-ikut orang saja. Ramai tidak  sedar tentang keburukan IF. 

Antara Keburukan Intermittent Fasting :-

1. Antara keburukan IF kita akan terasa nak makan berlebihan makanan yang tak    berkhasiat, Bila saja time yang membolehkan kita makan,  kita akan  makan hingga tak ingat dunia. Cara ini memang tak betul sebab kurangnya ILMU tentang  apa yang harus kita makan di samping program IF. Di Shaklee kita telah sediaka       Set Kurus Shaklee yang mana setiap produk melengkapi keperluan badan kita, 


2. Kita akan terasa sakit badan bergantung berapa lama kita buat IF. Ada akan merasa sakit kepala, badan lesu, kerengsaan dan masalah sembelit. kemungkinan untuk mengurangkan ketidak selesaan ini kita akan bertukar cara lain samada puasa selang sehari atau cara IF yg lain. Tanpa ilmu yang betul program IF ini sangat mengecewakan.


3. IF boleh menyebabkan orang dewasa yang berumur kehilangan berat terlalu banyak, sedangkan orang muda lambat kehilangan berat badan. Penting kena seimbangkan keperluan vitamin yang betul. Supplement yang perlu di ambil oleh orang yang berumur seperti MultiVitamin, Energizing Soy Protein, B complex , Ostenutrix dan Vita C.

4 Ia mungkin bahaya jika kita yang mengamalkan IF tidak berbincang dulu dengan doktor jika ada yang  mengambil ubat tertentu seperti Pesakit diabatis.Sesetengah pesakit yang mengambil ubat untuk tekanan darah tinggi dan penyakit jantung mungkin terdedah kepada ketidak seimbangan natrum, kalium dan mineral-minaral lain semasa tempuh puasa lebih lama daripada biasa.

Shaklee ada mengeluarkan produk yang seiring dengan pengamal IF iaitu Set Kurus Shaklee dan Set Hello New You. 


Kak Ita menyediakan konsultasi percuma kepada yang berminat nak cuba produk Shaklee.

Semoga kita mendapat menafaat dari program Interminttent Fasting.




Saturday, March 18, 2023

Kenapa Supplement Shaklee Terbaik Di Malaysia

 Dr Forrest C Shaklee adalah pengasas Syarikat Shaklee pada tahun 1956 semasa berusia 61 tahun. Falsafah Dr Forrest Shaklee adalah hidup Harmoni dengan Alam Sekitar serta membantu manusia hidup lebih bahagia dan sihat. Minat Dr Shaklee dalam kesihatan bermula kerana penyakit zaman kanak-kanaknya iaitu batuk kering, Tanpa bergantung pada hosital atau uabat-ubatan rawatan beliau adalah rehat yang cukup. makanan berkhasiat dan dan menghabiskan banyak waktu tinggal di luar bandar.  Hidup Harmoni  dengan Alam Sekitar menjadikan satu cara hidup beliau sehingga beliau sihat.

Dr Shaklee percaya bahawa pemakanan yang baik adalah asas untuk kesihatan yang menyeluruh, Dr Shaklee membangunkan teknik untuk mengekstrak nutrien dari makanan. "Vitalized Mineral" merupakan vitamin yang pertama di dunia yang di cipta oleh Dr Shaklee pada tahun 1915,

Vitalized Mineral

Pada tahun 1956 Shaklee di tubuhkan oleh Dr Shaklee dan anak-anak nya iaitu Forrest Jr dan Lee(Raleigh) . Keluarga Shaklee menubuhkan syarikat ini bukan untuk mendapatkan keuntungan yang besar tetapi lebih untuk membantu orang ramai hidup lebih sihat.Falsafah pertama Dr Shaklee mahu setiap produk harus menjadi terbaik untuk manusia bukan hanya terletak di atas rak-rak sahaja. Falsafah ke 2  Dr Shaklee dari pengalaman bekerja one-on one iaitu jumpa se orang-seorang dengan pesakit  membawa konsep Multi Level Marketing atau MLM. Konsep MLM pertama di jumpai oleh Dr Shaklee. Konsep Dr Shaklee telah menarik minat Roger Barnett untuk memiliki Shaklee Corporation dengan membeli Shaklee dari  Syarikat Induk Yamanouchi Pharmaceutical , Jepun.

Roger Barnett


Apa yang membuat Shaklee berbeza dengan Syarikat perniagaaan Lain?

7 sebab kenapa Shaklee Suppliment terbaik di Malaysia,

1. Produk Suppliment yang sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa mesra alam . Shaklee melaburkan lebih kurang US$ 250 juta dalam ujian klinikal, dalam penyelidikan dan pembangunan. Saintis Shaklee mencari sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik. Kemudian menjalankan 350 ujian ke atas ramuan botani yang baru untuk logam berat,racun serangga yang merbahaya. Saintis juga menjalankan 80,000 ujian klinikal setiap tahun untuk menjamin ketulinan dan keselamatan bagi setiap produk. Itu lah sebab kita yakin setiap produk Shaklee selamat 100% untuk di gunakan. Antara produk yang paling laris di pasaran adalah Set kurus Shaklee.



2. Keberkesanan produk di jamin. Shaklee telah menerbitkan jurnal penyelidikan saintifik. Tidak banyak Syarikat di Malaysia yang mengeluarkan jounal.Pada masa ini Shaklee telah menerbitkan lebih 100 jurnal penyelidikan saintifik.






3. Shaklee merupakan Syarikat pertama di dunia yang menjadi Climate Neutral  yang telah di sahkan untuk benar-benar mengimbangi pelepasan karbon yang menyebabkan impak sifar terhadap alam persekitaran.





4. Bukan semua produk suppliment adalah 100% semulajadi. Shaklee memberi jaminan yang semua produk Suppliment Shaklee adalah semula jadi. Telah  berada di pasaran lebih 100 tahun. 



5. Shaklee mempunyai lembaga penasihat yang terdiri daripada pakar-pakar perubatan dan ahli sians yang terkenal di dunia.


 


6. Shaklee telah memenangi award Malaysia's Trusted Brand berturut-turut selama 2 tahun pada tahun 2021 dn 2022. Ini membuktikan Shaklee telah di kenali oleh rakyat Malaysia tentang keberkesanan produk kesihatan dalam diri rakyat Malaysia. 




7.  Shaklee sudah berada di Malaysia selama 29 tahun  dan Kak Ita telah bersama Shaklee selamat 24 tahun. Sepanjang berbisnes dengan Shaklee banyak tawaran yang di buat oleh Shaklee kak Ita telah capai, Bisnes Plan Shaklee mudah di faham dan di capai. Shaklee menawarkan 3C untuk semua ahli , iaitu Cash . Car dan Convention . Cash atau bonus setiap bulan untuk ahli dari bonus 5% ke 21%, Insentif Kereta  seumur hidup dan Melancung atau Convention trip setiap tahun.













Tuesday, March 14, 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

 Assalamualaikum wmr

Ketika menulis ini, Kak Ita  sedang berada di bumi Seoul, Korea Selatan.  Siri percutian bersama seluruh ahli keluarga yang terdiri dari semua anak-anak, menantu dan cucu seramai empat belas orang. Moga Allah memberkati dan memberi perlindungan buat kami semua. Jauh berjalan, banyak pengalaman. Allah menjadikan kepelbagaian bangsa, kepelbagaian rupa dan bahasa untuk apa ? Untuk kita saling kenal-mengenali antara satu sama lain.  Hal ini dipertegaskan Allah swt dalam firmannya yang bermaksud :

" Wahai manusia ! Kami telah mencipta kamu dari jenis lelaki dan perempuan, kemudian kami jadikan kamu dari berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal-mengenal (antara satu sama lain)....." ( Surah Al Hujurat ayat 13 )

Kak Ita  mendapat ilham setelah berada di hari kelima di Korea ini. Setiap hari kami keluar jam 10.00 pagi dan kembali semula ke tempat penginapan sekitar jam 10.00 malam. Maka dalam tempoh 12 jam berjalan itu kami sentiasa berada di tengah lautan manusia berbangsa Korea ini samada dalam di stesen keretapi, dalam keretapi dan di bandar-bandar dan lorong. Dan bersembang bersama kami, sepakat dari kami anak beranak dengan satu perkataan..." eh, susahnya nak cari orang Korea yang gemuk ya.."  Betul sangat. Hampir semua yang kami jumpa semuanya slim melim.  hampir sempurna.  Sesuatu yang ajaib. dan first impression, mereka samada wanitanya mahupun prianya kelihatan cantik dan kemas. patutlah dan tidak hairanlah anak-anak muda sekarang tergila-gilakan cerita-cerita dari Korea.

Dari sinilah Kak Ita berkecenderungan untuk berkarya mengenai peri pentingnya menjaga badan kita dari gemuk atau mengalami obesiti. Mungkin di satu sudut ramai orang suka kurus sebab nak kelihatan cantik, Tak dinafikan kerana ramai orang yang gemuk terutama wanita merasa rendah diri dan hilang keyakinan sebab kegemukan itu dirasai satu kekurangan. Itu satu sisi pandang yang tidak boleh dinafikan kenapa kita tak mahu badan kita gemuk.


Namun sisi pandang yang lebih penting dan maha penting, kegemukan adalah punca  masuk untuk bertapak penyakit-penyakit dalam diri seseorang yang akan memusanahkan masa depannya. Izinkan Kak Ita  menyenaraikan beberapa penyakit yang sangat relevan akan bertapak dengan orang yang gemuk  :

1. tekanan darah tinggi

2. Masalah kolesterol tinggi yang merbahaya iaitu LDL

3. Penyakit Stroke yang merbahaya. kegemukan menyebabkan hipertensi punca kepada stroke

4. Diabetes jenis 2 kerana mudahnya peningkayan asid lemak dan keradangan yang menyekat perembesan insulin semulajadi

5. Kanser. Hubungan antara kegemukan dan penyakit ini sangat signifikan. pakar menyatakan ia berpunca dari keradangan berpunca dari lemak viseral yang mengelilingi organ penting kita

6..Asma. Menurut persatuan paru-paru Amerika Syarikat berat badan berlebihan sekitar dada dan perut menyebabkan kesempita paru-paru dan kesukaran bernafas

7. Buah pinggang. Berat badan berlebihan akan memaksa buah pinggang bekerja kuat untuk menyaring sisa tubuh melebihi tahap normal

8. Osteoporosis. Ini pasti kerana bebanan berat badan yang ditampung oleh dua kaki menyebabkan mereka berdepann risiko osteoartritis pada sendi lutut lima kali ganda berbanding orang normal dan osteoporosis sebanyak dua kali ganda.

9. Penyakit pundi hempedu terutama kaum wanita. Ini disebabkan kadar kolesterol yang lebih tinggi di hempedu.. Juga berisiko mempunyai batu hempedu.

10. Apnea tidur. Salah satu nikmat yang Allah kurniakan adalah tidur. Tidur adalah satu nikmat iaitu rehat. Dan kegemukan menghalang nikmat ini

Masyallah, betullah membaca jambatan ilmu. Allah turunkan al Quran dengan ayat pertama adalah Iqra'.  Kak Ita  sendiri mendapati sesuatu yang diluar jangkaan sama sekali. Ingatkan gemuk itu sekadar tidak cantik. Gemuk tak lawa. Gemuk nampak pendek.  Gemuk tak boleh jadi artis. gemuk segan nak main media sosial. dan gemuk boleh menyebabkan penyakit..itu sahaja. Rupa-rupanya penyakit yang ditawarkan untuk kegemukan ini, masyallah penyakit yang amat-amat merbahaya dan ditakuti. Lantas kak Ita rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu dan sekaligus cadangan penyelesaian.

Dan Kak Ita  lebih teruja lagi setelah mendapati statistik menunjukkan obesiti adalah anatara isu utama di negara tercinta kita Malaysia. Kementerian Kesihatan Malayasia, KKM memaklumkan  kadar obesiti negara kita tahun 2019 adalah tertinggi di Asia Tenggara iaitu 15.6 peratus.  dan kira-kira 50.1 peratus rakyat malaysia mempunyai maslah berat badan berlebihan atau lebih jelas satu dari setiap warga malaysia mengalami masalah berlebihan berat badan.  Adoi..berat isu ni rupanya. 

Sebenarnya jauh dari sudut yang lain, isu kita ini tak lari dari sisi pandang agama kita iaitu Islam. Tidakkah kita perhatikan sukarnya orang yang kegemukan untuk menyempurnakan ibadahnya termasuklah ibadah yang paling asas iaitu Solat. Kesukaran untuk berdiri, duduk antara dua sujud, bangun dari sujud dll sedangkan solat memerlukan tumpuan.   Begitu jugalah ibadah yang memerlukan pergerakan banyak seperti haji dan umrah. Allahu Akbar. Bersalah rasanya.  Dan siapakah manusia contoh ? Tidak lain adalah baginda Nabi Muhammad SAW.  Allah jadikan baginda untuk dicontohi keseluruhannya. Insyallah ikut nabi kita selamat. Dan dalam konteks ini fizikal nabi juga perlu kita teliti. Baginda digmbarkan mempunyai fizikal yang sangat ideal. Tidak gemuk dan tidak kurus. Tidak ada tanda buncit diperut atau lemak-lemak yang kelihatan. Sebab baginda amat menjaga dirinya. Sebab itulah ibadat baginda begitu sempurna.

Banyak juga Kak Ita membebel.  Baiklah jomkita sama-sama melihat kepada langkah pencegahan ini yang terbaik dan juga langkah pemulihan iaitu kuruskan balik badan kita bagi yang bermasalah.  Menurur seorang pakar perubatan Amerika Syarikat, Dr Bruce MIller, ada tiga langkah penting yang wajib dijaga. Apa dia ? Lihat di bawah :

1. Jaga amalan makanan harian kita. Apa yang kita makan, apa yang kita minum dan bila waktunya.

2. Pastikan mempunyai aktiviti exercise atau senaman yang mencukupi atau pergerakan fizikal.

3. Manuasia wajib mendapatkan suplement tertetntu atau vitamin. Sebab badan memerlukan beberapa jenis nutrient wajib untuk isu berkaitan. Walaupun ia boleh diperolehi dari sumber makanan semulajadi, namun ia terlalu jauh dari mencukupi termasuk juga kualiti. Maka kekurangan itu wajib ditampung oleh pengambilan vitamin dan suplement yang terbaik dan berkualiti.

Untuk tulisan kali ini, Kak Ita  ingin mencadangkan beberapa suplement yang sangat-sangat berkesan untuk isu kegemukan. Apa lagi tak lama lagi kita akan berpuasa. maka pengambilan diet dan suplement yang paling sesuai dimusim ramadan ini...insyallah....memberi berita gembira buat anda di hari raya nanti....anda beraya bukan sahaja dengan baju baru...tetapi penampilan baru..yang lebih kurus dan menarik !!   Jom teliti apa suplement tersebut :

Untuk lebih detail boleh baca di SET PUASA SHAKLEE

Untuk dapatkan penerangan tentang bagaimana nak kurus boleh baca di Set Kurus Shaklee 





Saturday, March 11, 2023

Duit Raya Awal Dari Shaklee


PENDAHULUAN

Hari Raya Eidul Fitri merupakan perayaan penting yang di raikan oleh orang Islam seluruh dunia. Setelah mengerjakan puasa di Bulan Ramadhan umat Islam akan meraikan Hari Raya sebaik masuknya  bulan Syawal. Sempena Hari Raya Eidul Fitri kita di galakkn bergembira setelah kita melalui ujian di bulan Ramadhan. Manakala menjadi kelebihan pula bagi usahawan dan orang-orang Shaklee akan mendapat bonus setiap 14 hb. Dan alhamdulillah  tahun  ini pihak  syarikat telah mengumumkan akan membayar bonus lebih awal sebagai hadiah atau tanda hormat bagi umat islam keseluruhannya.  


KONSEP HARI RAYA

Ada dua hari raya di dalam islam. Pertama Eidul Fitri dan keduanya adalah Eidul Adha. Hari raya puasa dan hari raya haji.  Ia merupakan ibadah yang punya peraturan dan tuntutannya menjadikan ianya berbeza dengan perayaan dari agama-agama yang lain.


Kenapa hari raya eidul fitri itu menjadi perayaan yang Allah jadikan sebagai satu syariat ?  Sebagai tanda Allah sayang dekat kita semua.  Setelah penat berpuasa selama satu bulan, melawan serta membenam seluruh tuntutan hawa nafsu kita, melawan dan mengalahkan semua godaan iblis dan syaitan, maka Allah izinkan untuk kita bergembira.  Maknanya hari Raya adalah hari untuk bergembira,  Malahan Islam tidak menggalakkan melawat pusara di hari raya. Kenapa ? Itu adalah lambang dan suasana kesedihan. Hari raya dan gembira berpisah tiada. Maka bila shaklee mengistihar BONUS AWAL ...itu adalah langkah tepat dan betul iaitu memberi rasa gembira buat kita semua.

APA YANG PERLU DIBUAT DI HARI RAYA

Pertama, mempastikan pembayaran zakat fitrah dilunaskan. Penunaian zakat ini dituntut  sebaik masuk bulan ramadhan dan ia berakhir  sebaik solat sunat hari raya. Zakat satu tuntutan dan ia merupakan pemberian wang dalam kadar tertentu. 
 
Kedua, kita digalakkan memakai pakaian-pakaian yang baru  dan cantik beserta wangi-wangian. Berkata Imam Syafie :

 " Aku amat menyukai seseorang memakai pakaian yang terbaik yang dimilikinya pada hari-hari perayaan iaitu hari jumaat (penghulu segala hari) dan pada kedua hari raya iaitu eid fitri dan eid Adha."


Ketiga, kita digalakkan menggembirakan orang lain. Siapa orang lan itu ? Ibu-bapa, kaum kerabat, para tetamu, orang fakir dan miskin dan lain-lain. Bagaimana caranya ? Meraikan mereka sebagai tetamu dengan menyediakan jamuan dan juadah makanan dan memberi hadiah. dalam konteks malaysia ia sudah menjadi budaya adalah memberi mereka WANG RAYA yang biasa diletakkan di dalam SAMPUL RAYA.  semakin besar nilainya semakin gembiralah sipenerima.  Kanak-kanak terutamanya menunggu saat ini.   Dan sudah pasti antara saat manis buat seorang anak adalah saat memohon kemaafan dari ibu ayah, turutan selepas itu adalah menerima "sampul" dari ibu bapanya.  Begitu jugalah bagi orang miskin, fakir, anak yatim dan sebagainya.  Iru adalah sebahagian dari tuntutan.



APA KAITAN DENGAN BONUS RAYA ?

Apa kaitan antara bonus dan raya ? Dari ketiga-tiga tuntutan tadi, jelas sangat-sangat menjadi satu kelebihan bila seseorang yang beraya dengan mempunyai sumber wang yang mencukupi apa lagi banyak.   Hendak mnyediakan juadah dan jamuan perlukan wang.  bak berzakat perlu wang. Nak beri angpau pun perlukan wang dan segalanya perlukan wang... wang! wang!

Dan alhamdulillah dalam business plan shaklee tiga hadiah ditawarkan serentak. Apa dia ?  Pasti pertamanya adalah WANG.  Keduanya PERCUTIAN MEWAH dan ketiganya BONUS KERETA.   Dan wang ini dibayar setiap 14 hb.   Cuma tahun ini....sempena raya, shaklee akan membayar lebih awal.   Bayangkan katalah seseorang memulakan businessnya pada 20 Mac maka tidak sampai 3 minggu dia sudah menerima gaji sebulan melalui bonus shaklee.

SIMULASI DAN CONTOH

Jom kita lihat beberapa contoh nikmatnya ahli shaklee menerima wang besar atau bonus awal pada raya ini,

SITUASI 1 :  

Si A adalah usahawan baru. Tidak mempunyai apa-apa pangkat apatah lagi ahli atau dowanline.  Dia berniaga shaklee dengan target membuat jualan harian sebanyak 100UV sehari.   Cuba kira.  100UV X 30 hari dia mengumpul 3000 UV.  
Dengan jumlah ini shaklee akan bayar bonus dihujung bulan sebanyak 21% atau lebihkurang RM 2100.00.   Banyak tu.  Gaji seorang graduat tu.  Dan kali ini shaklee bayar awal !!!  Seronok kan beraya dengan ada duit spare RM2100.00 selain duit gaji hakiki yang ada,

SITUASI 2 :

Si A di atas membuat jualan peribadinya 3000UV.   Tetapi dia punya 3 orang downline yang aktif dan bersemangat buat macam dia.  Si B, C dan D juga membuat 3000UV..  Maka si B,C,D mendapat bonus masing-masing seperti tadi. Tetapi si A akan dibayar oleh syarikat sebanyak 5% dari jumlah sales mereka. Berapa ? Dalam situasi ini lebihkurang RM550.00.  So kalau tiga orang...dapat lagi extra RM1650.00 ...wow banyak tu.   Dan satu lagi bila keadaan sedemikian ada tiga orang buat macam kita, kita dapat pangkat Coordinator..shaklee bayar lagi 0.5% sebagai insentif !!.  Berapa ya ? Eh dekat RM 200+++ still duit lagi... 
Jadi berapa bonus raya si A ? Hampir RM4,000.00 wow !!  Inilah bonus raya dia. dapat awal pulak tu.   Adik beradik, jiran tetangga..semua kejar kan !! dan kita pula seronok memberi.  

SITUASI 3 :

Kata si A seorang master coordinator !!!  wow wow...tak cerita lah di sini...yang pasti ..tak terkata !!!   terkejut !! dan syukur !!!.   Kita cerita kemudian ya.


PENUTUP

Demikian kenikmatan seorang usahawan shaklee menyambut hari raya.  Betul wang bukan segalanya tetapi segalanya akan lebih sempurna dengan wang.  Dan penulis akhiri coretan hari ini dengan mengajak pembaca menghadiahkan sesuatu yang besar kali ini pada orang yang paling kita kasih iaitu ibu-bapa kita. Betul kita hadiah mereka dengan cinta kasih kita..tetapi.. tahun ini bagi mak kita terkejut dengan ada iringan'Wang Raya" dalam sampul raya shaklee..  Bila mak ayah buka. Apa dia kata ...Allahu Akbar !! Banyaknya duit raya, terima kasih yan nak... Kita  jawab...shukur mak inilah bonus raya shaklee yang kakak dapat berkat doa mak ayah selama ini !!!!

Syukur sangat tahun ini Duit Raya awal dari Shaklee.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir Batihin.










 













 

Thursday, March 9, 2023

Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee

Setiap tahun umat Islam akan menjalani ibadat puasa selama satu bulan di bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat mulia dan di tunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia. Ada yang mengambil kesempatan berpuasa di tanah suci Mekah. Di mana juga kita berada yang penting jaga niat dan syarat-syarat sah berpuasa. Sebelum kita memulakan berpuasa pastikan kita sudah mengantikan puasa yang tertinggal pada tahun lepas, Puasa merupakan Rukun Islam ke 3 yang wajib semua orang Islam mengerjakannya. 





Dengan berpuasa kita sedang merintis jalan takwa untuk ke syurga. Firman Allah:
    


Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana Allah membuka  pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu Neraka . Firman Allah,


       "Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih. Kami mesukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa di naungi
      
                                                                                                    An Nisa :57

Al Quran kitab yang diturunkan di  bulan Ramadhan kepada Nabi Muhammad SAW menjadi petunjuk bagi sekelian manusia merupakan panduan untuk seluruh manusia . Siapa yang membaca ,mengamalkan isi Al Quran dia yang di muliakan oleh Allah.



Umat Islam sangat beruntung sebab semua ibadah yang di jalankan pada bulan Ramadhan di gandakan sehingga 700 kali ganda. Oleh sebab semua amalan baik ini perlu kepada badan yang sihat dn cergas di sinilah peranan pemakanan yang sihat amat di perlukan.Berita baik untuk semua orang yang mengerjakan Puasa, dengan nutrien yang lengkap dapat mengekalkan kesihatan yang baik. 

Shaklee ada menyediakan Set Puasa  Shaklee khas kepada semua orang . Set ini terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Cinch Shake ( chocolate), Performance Drink Lemon dan tambahan VIVIX.


Set Puasa 1-2-3 Shaklee



Produk wajib ada pada bulan Ramadhan:
1. Energizing  Soy Protein (ESP)
    - Sesuai untuk semua orang termasuk yang sensitif kepada laktosa.
    - Lengkap dengan 9 asid Amino penting untuk menghasilakn protin.
    - Peranan ESP adalah mengekalkan tenaga yang optimum sepanjang hari. 
    - ESP juga mempunyai Indeks Glisemik yang rendah oleh itu ia sangat                        membantu meningkatkan rasa kenyang lebih lama.


ESP



2, CINCH SHAKE CHOCOLATE
    - Cinch Shake ada 3 perisa iaitu Vanilla, Chocolate dn Cafe Latte, Semua                   perasa ini bantu menyenyangkan dan mengurangkan nafsu makan semasa             berpuasa.
     - Kaya dengan Protin dan Kalsium. 
     - Cinch membantu ibu untuk mengurangkan berat badan yang ideal sebab                 mengandungi Leucine. Fungsi Leucine mengekalkan otot-otot untuk mencapai
       berat badan yang ideal.
     - Kaya dengan serat agar pergerakan usus lebih lancar,
Cinch Chocolate



3, PERFORMANCE DRINK LEMON
    - 60% daripada badan terdiri daripada air. oleh itu kita kena pastikan badan                sewaktu puasa terhidrasi,
    - menyokong penghidratan yang optimum.
    - memberi tenaga yang berterusan.
    - Performance ada 2  perisa Lemon dan Orange tapi fungsi adalah sama .
    - Minuman ini kekal terhidrat Dengan adanya OPTI-LYTE iaitu campuran                    elektrolik proprietari di tambah campuran unik karbohidrat.
Performance Drink Lemon



Untuk mendapatkan Konsultasi percuma tentang Shaklee boleh klik di sini

Jika inginkan dapatkan maklumat tambahan tentang Set Puasa Shaklee boleh baca di sini.


Produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis,merawat,menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah produk supliment
















Friday, February 24, 2023

9 Sebab Kenapa Community Bisnes Shaklee Sangat Best


Alhamdulillah Kak Ita sangat bersyukur di temukan Bisness Shaklee. Kak Ita mula join Shaklee pada Jun 1999 sehingga kini . Semua orang ada sebab tersendiri untuk bertahan lama dalam apa jua perniagaan yang di ceburi. Shaklee adalah bersifat MLM iaitu Multilevel Marketing . Bisnes yang susah pada peringkat awal tetapi menjadi senang dan menyeronokkn bila kita mencapai target . Shaklee menawarkan 3C iaitu :-

Cash setiap bulan  
Car insentif kereta
Convention Melancung setiap tahun di regional /luar negara/umrah

Semua tawaran ini di beri pada semua ahli Shaklee yang aktif.

Syarat untuk menjadi ahli Shaklee mestilah beumur 18 tahun ke atas dan warga negara Malaysia



9 sebab kenapa Community Bisnes Shaklee Sangat  Best sebab:-

1. kita bekerja sama dalam 1 keluarga tanpa mengira apa level atau rank , Membantu antara satu sama lain.


2. tidak mengira kita dari group mana saling share kebaikan Shaklee di sosial media.

3. Kita meraikan kejayaan orang lain sebab satu hari nanti orang akan meraikan kejayaan kita pula,


4. Selain bisnes kita juga saling di peringatkan tentang apa tujuan kita buat bisnes, Semua pencapaian kita adalah dengan izin Allah,

5. Sifat kekitaan dan kepentingan diri sahaja  akan di buang jauh-jauh kerana sifat tolong menolong adalah prinsip hidup kita.

6. Orang yang berjaya dalam Shaklee akan  share  tip-tip bagaimana hendak berjaya.


7. Kita ada mentor Blogger yang akan sentiasa membantu jika kita ada masalah.



8. Syarikat Shaklee sangat membantu ahli dalam mengadakan platform online dan juga offline.

9. Community ini juga mengadakan ceramah yang sangat best dari DOKTOR  dan Saintis terkemuka dalam Malaysia seperti Dr Haresh Kumar  dn Dr Redza Rahman ( Professional Medical Scientist) dan ramai lagi.


Bersama-sama kita menjadi manusia hari ini lebih baik dari semalam.