Skip to main content

Rumah Terbuka Pada Hari Raya

 ALHAMDULILLAH 

Rumah terbuka pada Hari Raya  adalah tradisi yang di amalkan di Malaysia. Di mana semua umat Islam akan menjemput  tetamu untuk datang ke rumah  meraikan Hari Raya Aidil Fitri yang di sambut setahun sekali ini. Ini adalah masa untuk kenalan dan saudara mara memohon ampun maaf antara satu sama lain. Sambutan ini  kita je yang buat open house selama 1 bulan tak salah pun. 


Kebiasaan pada Hari Raya pertama anak-anak akan menziarahi ke rumah ibubapa masing-masing. Bagi yang tiada lagi ibu dan ayah mereka akan mengunjungi rumah adik beradik  yang berdekatan.

Tahun ini ramai juga saudara mara yang menziarahi kami, Alhamdulillah. Suasana sangat meriah . Sungguhnya kehadiran orang ke rumah kita akan membuka banyak  rezeki pada tuan rumah. Insya Allah. 



Ada 4 faedah kita buat Rumah Terbuka pada Hari Raya iaitu:

1.Dengan adanya rumah terbuka memperkuatkan ikatan ke keluargaan. Ini lah momen-momen berharga bagi anggota keluarga yang jarang berjumpa. Akan ada cerita yang menarik sesungguhnya akan mengiratkan ikatan kekeluargaan.

2.Rumah terbuka akan memberi kesempatan bagi orang-orang dari latar belakang budaya yang berbeza untuk memahami dan menghormati tradisi dan budaya umat Islam yang merayakan Hari Raya Aidilfitri.

3. Kanak-kanak lah yang paling gembira di Hari Raya sebab sudah menjadi tradisi jika berkunjung kerumah orang mesti dapat ang pow atau duit raya. Time ini lah kanak-kanak dapat kumpul duit untuk kegunaan sendiri. Menjadi kesalahan jika ibubapa guna duit anak untuk berbelanja. Awas ya!!!



4. Rumah terbuka bukan hanya untuk umat Islam sahaja, Ia terbuka juga kepada  kaum lain sebab Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Ziarah menziarahi adalah budaya yang sangat di galakkan untuk mengeratkan silaturahim antara kaum. Ia akan menjadikan masyarakat kita hidup dalam harmonis dan ini akan menyatukan masyrakat yang berbagai agama.


Trend sekarang kebanyakan agensi-agensi koperat banyak membuat Rumah terbuka untuk pelanggan yang setia pada bulan Syawal. Baru- baru ni kerajaan ada buat Rumah terbuka di beberapa negeri seperti di Perlis, Kelantan,Trengganu dan Kuala Lumpur. Sambutan nya amat menggalakan. Semua rakyat dapat menyambut Hari Raya dengan  penuh kegembiraan.


Sempena Bulan Yang Mulia ini Kak Ita ingin memohon Ampun dan Maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkongsian Kak Ita disini. 

Untuk mendapatkan konsultasi percuma tentang produk kesihatan boleh terus wasap 0199304728 Shaklee Temerloh.









Comments

Popular posts from this blog

Sustained Realease Vita C Plus

 https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P523?sid=397280

OsteMatrix produk wajib wanita

Bulan ini shaklee menawarkan promosi beli 6 ostematrix  free 1. Memang mudah utk kongsi produk ini sbb semua wanita wajib mengambil kalsium utk  tulang dan gigi agar sentiasa sihat. Osteoporosis masih merupakan isu kesihatan utama masa kini meskipun pengambilan produk tenusu dn kalsium meningkat berbanding masa lampau. Di anggarkan 1 daripada 3 kaum wanita dn 1 daripada 12 kaum lelaki yg berumur 50 thn menghadapinya. ( tahun ini genap 50 thn umur saya.. ostematrix wajib bagi saya) Apa kah keistimewaan ostematrix shaklee? Ostematrix bukanlah semata-mata kalsium . ia mengandungi matrix pemakanan dengan gabungan khasiat " batu bata dn mortar" yg lengkap utk membina matrix tulang yg sihat dan kuat. Kalsium ------  sumber yg semulajadi yg paling pekat dn mudah diserap Magnesium --    mengabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan tulang Vitamin D -----  merangsang penyerapan kalsium Boron---------  dalam kuantiti yang diluluskan secara klinikal dpt membantu metabol

Doa Yang Bagus Untuk Wanita

  Doa adalah cara yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memohon petunjuk, perlindungan serta keberkhana dalam kehidupan sehari-hari.  Berikut adalah doa yang bagus untuk wanita muslim 1 Doa Pembuka Ijabah 2. Doa kesihatan dan keamanan 3. Doa untuk hidayah dan ilmu yang bermenafaat I ngatlah bahawa doa-doa ini  harus di baca dengan tenang . Penting untuk merasa dekat dengan Allah dalam setiap doa yang di baca