Skip to main content

SALAM PERSAHABATAN

Genap 11thn saya terlibat dalam perniagaan jualan langsung. Sebelum ini bekerja sebagai seorang guru selama 15 tahun.Saya mempunyai 5 orang anak. Anak yang sulung berumur 22thn bernama Huzaifah, yg ke 2 bernama Humaira bumur 20thn, yg ke 3 bernama Aiman 19thn, yg ke 4 bernama Athira 17thn dan yg bongsu dan manja bernama Amira 12thn. Suami ku bernama Abdullah Ismail yg sedang melanjutkan pelajaran peringkat PHD di Universiti Selangor(Unisel).
Detik awal saya terlibat dengan perniagaan ini adalah masalah kesihatan saya yg tidak kedatangan haid selama 6 bulan selepas keguguran anak ke6.saya jatuh sakit yang amat sangat hingga perlukan pembedahan.Atas nasihat upline juga sahabat saya Ustaz Ibrahim saya setuju mencuba vitamin SHAKLEE selama 2 minggu. Alhamdulillah haid saya datang seperti biasa tanpa memerlukan pembedahan.Saya juga beri  Huzaifah vitamin sbb dia lelah dari kecil.alhamdulillah dia mulai sihat dan cerdik ,kini dia sedang belajar tahun akhir di Universiti Malaysia Pahang(UMP) dalam bidang Enginering. Semua anak2 saya boleh di katakan berjaya dalam pelajaran. Humaira sedang belajar di Uitm Pahang peringkat ijazah, Aiman di UMP tahun 1 di UMP dan Athira tingkatan 5 dan Amira dalam drjh 6.
Perniagaan MLM ini telah banyak merubah hidup kami sekeluarga. Saya ada banyak masa bersama keluarga sebab tidak terikat dgn sesiapa. Orang yang paling dekat saya bantu adalah ayah saya yang mengalami strok.
Saya telah beri ayah saya makan vitamin shaklee selama 10tahun, dari mula terlantar tak boleh bangun hingga dapat mengurus diri sendiri.Perubahan2 ini telah menyebabkn saya ingin membantu seramai mungkin manusia yang menghadapi masalah kesihatan dan yang nak kekal sihat sentiasa.

Comments

Popular posts from this blog

Sustained Realease Vita C Plus

 https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P523?sid=397280

Prebiotic + Probiotic Raspberry Fruit Drink Premix

Prebiotic + Probiotic Raspberry Fruit Drink Premix Apa yang terkandung di dalamnya? 3g prebiotik  inulin  sebagai “makanan” untuk probiotik. 10 billion CFU  strain probiotik yang terbukti secara klinikal dapat menyokong kesihatan usus. Apa maksud CFU? CFU + Colony Forming Unit 👉 CFU ialah bilangan bakteria hidup yang masih aktif dan mampu membiak dalam probiotik, Apa maksud "strain " pula? Strain ialah jenis khusus bakteria .  Di Shaklee terdapat 10 billion CFU daripada 3 strain probiotik klinikal.👇👇👇 Lacticaseibacillus paracasei Lpc-37 ®            bantu keseimbangan mikrobiota & boleh bantu mood/angin badan Bifidobacterium lactis HN019 ™                  bantu transit usus, pembuangan lebih lancar dan menyokong imuniti Lactobacillus rhamnosus GG ™                                 sangat banyak dikaji untuk...

Raya raya sepanjang Syawal 2024

 Setelah berpuasa selama sebulan di bulan Ramadhan  tiba masanya kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Sambutan Raya tahun ini agak sederhana tetapi meriah. Tahun ini kita beraya di temerloh dulu. Semoga ibadah puasa kita di terima oleh Allah. Raya di temerloh jaya Raya di rumah Athira Raya di keramat Keluarga sebelah Pahnag Majlis perkahwinan  Hana anak abg Mohammad Selamat Hari Raya, Maaf zahir dn Batin