Skip to main content

Sembahyang tengah malam


Kita sebagai hamba Allah tentu sekali mengharapkan pertolongan dari Allah . Sembahyang tahjud satu2nya cara kita minta bantuan Allah agar d permudahkan segala urusan dunia kita.


Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.
Walaupun tidak setiap hari cuba amalkan 1 minggu sekali.



Firman Allah SWT.:

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)


Tujuan Solat Tahajjud:-

1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Kelebihan Solat Tahajjud:-

1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan Allah.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

petikan: dari fb.

Manusia hanya berusaha hanya Allah penentu segala-galanya. Bagi seorg peniagaan amalan sunat ini d galakan walaupun sedikit tetapi berterusan.

Peringatan utk mengingatkan diri ku yg lupa.


Comments

Popular posts from this blog

Sustained Realease Vita C Plus

 https://www.shaklee.com.my/products/promotion/00P523?sid=397280

OsteMatrix produk wajib wanita

Bulan ini shaklee menawarkan promosi beli 6 ostematrix  free 1. Memang mudah utk kongsi produk ini sbb semua wanita wajib mengambil kalsium utk  tulang dan gigi agar sentiasa sihat. Osteoporosis masih merupakan isu kesihatan utama masa kini meskipun pengambilan produk tenusu dn kalsium meningkat berbanding masa lampau. Di anggarkan 1 daripada 3 kaum wanita dn 1 daripada 12 kaum lelaki yg berumur 50 thn menghadapinya. ( tahun ini genap 50 thn umur saya.. ostematrix wajib bagi saya) Apa kah keistimewaan ostematrix shaklee? Ostematrix bukanlah semata-mata kalsium . ia mengandungi matrix pemakanan dengan gabungan khasiat " batu bata dn mortar" yg lengkap utk membina matrix tulang yg sihat dan kuat. Kalsium ------  sumber yg semulajadi yg paling pekat dn mudah diserap Magnesium --    mengabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan tulang Vitamin D -----  merangsang penyerapan kalsium Boron---------  dalam kuantiti yang diluluskan secara klinikal dpt membantu metabol

Joint Health Tablet ( Kesihatan Sendi)

Assalamualaikum Adakah anda mengalami sakit2 sendi seperti lutut, siku,pinggang,leher dn pergelangan  tangan/ jari?  Jutaan orang mengalami ketidakselesaan sendi, terutama orang tua dan orang yang obes. Sendi merupakan hubungan antara tulang temulang yang memberi sokongan dan membantu anda bergerak. Jangan biarkan sakit sendi menghalang  untuk kita bergerak aktif. sendi  yg normal dan sendi bermasalah         Shaklee memperkenalkan Joint Health Tablet satu formulasi yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang berkesan yang dapat menyokong PERGERAKAN,DAN KELENTURAN SENDI . Semua orang dewasa yang aktif sesuai utk mencuba produk ini. Cara makan 2 biji sehari. Bagaimana ia berkesan? 1. Menyokong keselesaan sendi     > Ekstrek BOSWELLIA adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate.Bahan utamanya asid boswelik( AKBA , asid 3 asetil-11-keto-beta-boswelik) yg berfungsi sebagai anti radang semulajadi. AKBK menyokong kesihatan sendi yg menyebabkan ketidaksele